Teknik-teknik Pengajaran

Kongsi Teknik
Ruangan ini akan mengkongsikan tentang teknik yang boleh guru-guru gunakan dalam P & P. Semoga dengan menggunakan teknik ini kita akan dapat menghasilkan sebuah pembelajaran yang aktif.


Round Robin

1. Menyumbangkan idea atau pendapat secara lisan semasa dalam perbincangan kerja berkumpulan dengan cara yang sistematik.
2.Mendengarkan dengan teliti sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan.
3.Bersedia untuk merumuskan atau meringkaskan kesemua idea yang telah dikemukakan oleh ahli kumpulan.

Update on : 18 September 2012

8 Peta Pemikiran (i-Think)

Kali ini saya akan mengongsikan salah satu  peta pemikiran yang ada terdapat dalam program i-think.  Ada 8 peta pemikiran yang dicadangkan:  circle map,bubble map, double bubble map, tree map, brace map, flow map, multi-flow map dan bridge map.   Terserah kepada kita sebagai guru memilih peta pemikiran mengikut kesesuaian tajuk pelajaran yang hendak diajarkan. 

Hari ini saya akan mengongsikan satu daripada teknik itu iaitu peta buih.  Bagi saya fungsi utama menggunakan peta buih ialah supaya pelajar dapat menkategorikan sesuatu senarai mengikut kumpulan.  Ini bermakana setelah aktiviti menyenaraikan sesuatu idea daripada sesuatu topik, pelajar bolehlah menggunakan peta buih supaya mereka dapat mengkategorikan senerai tersebut mengikut sub-tema yang dicipta sendiri oleh pelajar itu.  Kemahiran mengkategorikan adalah salah satu kemahiran yang ada terdapat dalam kemahiran berfikir.  Ini penting dilatih kepada pelajar supaya mereka dapat menghasilkan produk tugasan yang kreatif.

Tambahan lagi, peta buih dapat meningkatkan kosa kata pelajar kerana mereka berusaha untuk mendapatkan idea kearah topik atau tema.  Bagi saya pada peringkat sekolah rendah peta buih sesuai digunakan kerana pelajar akan dapat mempelajari konsep tema dan dapat memperkayakan lagi perbendaharaan kata mereka.   SELAMAT MENCUBA!

Menurut program i-think, proses pemikiran peta buih ialah menerangkan menggunakan kata sifat (describing qualities).  Gambar rajah peta buih adalah seperti di bawah ini:

Sila Klik disini: Peta buih_update3_1

Update on : 25 September 2012

Peta Bulatan

Proses Pemikiran: untuk mendefinisikan mengikut konteks
- Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah
- Tuliskan tema utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya
- Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tadi
- Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan tema tadi untuk menjana idea (proses sumbang saran)
- Lukis bingkai di bahagian luar bulatan untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandang daripada pelbagai pihak

Faedah Menggunakan Peta Bulatan

- Meningkatkan kosa kata
- Sumbang saran idea dalam penulisan
- Menguji pengetahuan sedia ada murid
Menguji pemahaman murid selepas p&p

Digunakan untuk apa?
- Konteks.senaraikan
- Jelaskan
- Tuliskan semua yang anda tahu..
- Sumbang saran
- Kenalpasti
- Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
Meneroka makna/maklumat

Sumber dari: http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/think/programithink.pdf

Update on : 2 October 2012

TEKNIK JIGSAW

Teknik mengajar Jigsaw sesuai digunakan dalam pengajaran membaca, menulis dan lisan.  Suhardi (2001) menerangkan bahawa teknik Jigsaw adalah teknik belajar secara berkumpulan.  Terdapat kumpulan asal (home group) dan kumpulan ahli (expert group) dalam model pembelajaran koperatif jenis Jigsaw.

LANGKAH-LANGKAH TEKNIK JIGSAW:

Kumpulan Asal (Home group) > Kumpulan Ahli (Expert group) > Kembali ke Kumpulan Asal

Cara memulakan teknik Jigsaw:

Langkah 1

Langkah-langkah dalam teknik Jigsaw dengan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai 4 atau 5 orang ahli.  Kumpulan dipanggil kumpulan asal (home group).  Setiap ahli kumpulan asal diberikan tugasan  atau tajuk yang berbeza yang berkaitan dengan tema.

Contoh Tema: Pencemaran Alam Sekitar

Kumpulan A/B/C/D/E

Pelajar 1: Tajuk pencemaran sungai

Pelajar 2: Tajuk pencemaran air laut

Pelajar 3:  Tajuk pencemaran udara

Pelajar 4:  Tajuk pencemaran daratan

Pelajar 5:  Tajuk pencemaran bunyi

Langkah 2

Kumpulan asal berpecah dan membentuk kumpulan baru yang dipanggil kumpulan ahli (expert group).  Dalam kumpulan ahli sesi sumbang saran diadakan.  Setiap pelajar dalam kumpulan ahli (expert group) berbincang untuk berkongsi maklumat dan pendapat di antara mereka untuk menyamakan persepsi atas hasil dapatan mereka. Mereka juga boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia.  Di sini juga berlakunya pemprosesan dan penghadaman maklumat dalam wacana daripada bahan sokongan dan hasil perbincangan.  Dengan adanya aktiviti dan penglibatan anggota kumpulan ahli, mereka akan menjadi arif dan menjadi pakar tajuk yang dibincangkan.

Langkah 3

Kembali ke kumpulan asal dan setiap ahli membentangkan kepakaran dalam kumpulan asal.  Mula-mula pelajar 1 menyampaikan maklumat kepakarannya kepada rakan-rakan lain.  Rakan-rakan lain perlu mengemukakan pertanyaan.  Pelajar 1 hendaklah menjawab sebarang pertanyaan dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar.  Seterusnya pelajar 2 pula menyampaikan kepakarannya dan diikuti dengan pelajar 3 dan 4.

Pembentangan dan perbincangan dalam teknik Jigsaw dapat mengembangkan pembelajaran yang inovatif dan koperatif di mana peranan pelajar adalah sangat besar berbanding guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator.  Sekian, selamat mencuba…..
[Sumber dari:  ©Mohd Isa bin Abd Razak @Blog Sambung-menyambung 2009 - 2012.http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/. ]

Update on : 10 October 2012

Kaedah Task-Based Learning

Galina Kavaliauskiene (2005), TBL atau kaedah berasaskan tugasan adalah merujuk kepada aktiviti yang direka untuk pelajar dalam melaksanakan tugasan yang autentik.

Rangka kerja kaedah TBL menjelaskan langkah-langkah yang dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan P&P menggunakan kaedah TBL.  Menurut Ellis (2006 dlm Anwar 2012), sehingga hari ini terdapat pelbagai rangka kerja yang telah diperkenalkan dalam TBL namun kesemuanya tidak lari daripada konsep TBL itu sendiri iaitu mempunyai unsur-unsur yang berorientasikan tugasan atau ‘task-based’.  Tambahan lagi pelbagai rangka kerja ini mempunyai persamaan dari segi tiga langkah utama dalam TBL iaitu tugasan pra, semasa tugasan dan tugasan pasca.  Tiga langkah ini menunjukkan kronologi dalam pengajaran menggunakan kaedah TBL.

Model tugasan Jane Willis (1996) mengemukakan empat tugasan atau langkah dalam rangka kerja TBL.  Langkah-langkah tersebut adalah pratugasan, persiapan tugasan, pelaksanaan tugasan dan pasca tugasan.  Aktiviti yang dilakukan pada setiap langkah adalah seperti dalam rajah berikut.

Fasa 1:  Pra Tugasan

  • Memanupulasikan bahan bantu seperti menggunakan gamabar atau teks sebagai rangsangan kearah topik tugasan.
  • Aktiviti sumbang saran seperti membuat senarai, kongsi idea, kongsi pengalaman.
  • Persediaan bahasa untuk menigkatkan kesediaan pelajar menggunakan bahasa, pemilihan perkataan atau istilah yang sesuai.

Fasa 2:  Persiapan Tugasan

  • Setelah berbincang dalam pra tugasan, pelajar mula membuat keputusan tentang jenis projek yang akan dihasilkan.  Contohnya butiran terperinci yang akan dimasukkan atau dilukis dalam; poster, soalselidik, laporan, skrip diaalog/lakonan, model dsb.

Fasa 3:  Persiapan Tugasan

  • Setelah membuat keputusan jenis projek yang akan dihasilkan dan membuat persediaan dengan teliti, tahap ini merupakan tahap merealisasikan tugasan /projek.

Fasa 4:  Merealisasikan Tugasan

  • Setelah selesai tugasan, pelajar-pelajar dikumpul untuk sesi penilaian.  penilaian mungkin diberikan oleh hakim, fasilitator, rakan sebaya kumpulan/pelajar sendiri.
  • Penilaian boleh berbentuk refleksi kendiri, saranan/cadangan pelajar lain, kritikan membina, menceritakan pengalaman setiap ahli, kebenaran fakta, kekuatan bahasa dsb.

Update on : 18 October 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s